Sponsor Ads:
 

SELAMAT HARI RAYA 1430H/2009M
Dengan ucapan dan tulus ikhlas... hmm... errr...
...korang bacalah kat bawah ni...



Semuga anda semua ceria-ceria dan gumbira selalu di samping keluarga tercinta dan saudara mara serta kawan-kawan yang diingati selalu.

smile

Artwork by... Gayour / Coloured by... Nas-Aguri
Posted on 20 Sep 2009 by Nas-Aguri
OPERASI LOG BOOK... BERMULA SEKARANG!
Bermula tarikh 16 September 2009... di ruang pejabat MSC CIC di KL Sentral, Plaza Sentral... secara rasminya... pasukan tersohor lagi terulung tahap world... iLHAM Studio... SAH! Komfem akan memberi dan diberi sokongan sepenuhnya oleh pihak MDeC Malaysia. Menurut pengelola penganjur... tarikh tersebut juga adalah tarikh untuk kitorang memulakan operasi membikin komik LOG BOOK: Heroic Trio Record yang bakal korang tatapi kelak.


Gua (Nas-Aguri) bersama brader Gayour dengan senyuman manis ala-ala manja gitu... menandatangani surat perjanjian tersebut sekaligus sebagai tanda bermulanya misi kitorang dalam operasi mempergiatkan karya komik versi tempatan yang lebih superb dan kool abis! Haaa... kat bawah ni bukti foto yang kitorang dah tandatangan...


Encik Aik Wee selaku ketua pengelola penganjur bagi pihak MDeC menjadi saksi utama kitorang telah menurunkan tandantangannya tanpa keraguan dan was-was. Beliau yakin... pasukan iLHAM Studio BOLEH!


Selesai sahaja sesi tandatangan... sesi perbincangan atau mentoring diadakan. Juri-juri yang pernah mengadili kitorang diberi mandat oleh pihak MDeC untuk memantau perkembangan hasil kerja kitorang. Juri (mentor) yang hadir ketika itu, encik Fadzli dari kompeni penerbitan majalah Karangkraf, encik Fauzul bersama orang kuatnya dari kompeni penerbitan Komik-M PTS dan encik Hj. Mazlan dari kompeni penerbitan Al-Ameen. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kerjasama, sokongan dan perhatian dengan memberi tips-tips dan nasihat yang boleh kitorang praktikkan demi menjayakan objektif MDeC dan iLHAM Studio.


Jutaan terima kasih sekali lagi dan... Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf, Zahir dan Batin-desu!

wink
Posted on 17 Sep 2009 by Nas-Aguri
MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN Versi RASMI
Sekali lagi... diulang... sekali lagiiii... pada 17 Ogos 2009... majlis penyampaian geran secara rasmi telah disampaikan oleh Ybhg Datuk Badlisham Ghazali, CEO MDeC kepada seluruh pemenang/penerima geran MDeC.


Haa... termasuklah team kitorang dengan bangganya dan tak segan silu pulak tu menghadirinya. Bukan setakat nak bergambar sambil memegang cek mock-up... tetapi mengambil bahagian menikmati juadah yang lazak-lazak belaka... wuhoo! Majlis tu berlangsung kat dewan Taming Sari 3 The Royal Chulan Kuala Lumpur.


Itu hari kat Cyberjaya... brader Gayour takde... dan ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau. Dalam majlis ni... brader Gayour akhirnya tampil dengan penampilan Rock-nyer dan sempat beramas mesra dengan para peserta IPCC MDeC yang lain. Akhir kata-desu... kepada rakan-rakan pemenang yang lain... semuga cepat siap la wei!

laughing
Posted on 17 Aug 2009 by Nas-Aguri
MDeC IPCC 2009 - Part 2 Final


Wuhoo! Kamiorang berjaya gak! *air guitar* jeng~ jeng~ ...menang geran daripada MDeC selaku penganjur rasmi buat pengiat-pengiat komik tempatan yang ingin melihat orang-orang kita berjaya ke peringkat internasional gitu. Niat yang murni tuuuu...



Neizam AF (Darkwerk), Faiz AF (Lionheart) dan Nas-Aguri AF (iLHAM Studio) ...mencuba nasib kamiorang di MDeC IPCC Comic Digital Interactive 2009.


Err... brader Gayour takde dalam gambar kerana perlu balik awal demi keluarga tercinta. Kepada sesape yang tercari-cari beliau semasa kat sana... terima kasih kerana masih menyokong beliau dari pagi sehingga membawa ke petang atau sampai bila-bila pun.

Urgh! Jangan gumbira dulu aa... kemenangan ini bukan penamat untuk kamiorang mencipta dan menerbitkan karya komik kamiorang. Jauh lagi perjalanan... selagi komik kamiorang tak lepas lagi dalam tempoh 6 bulan ni... selagi itu la kamiorang musti memerah otak dan mengerak-gerakkan jari kamiorang untuk menghasilkan karya tahap superb... tahap world... tahap 10 juta petala langit cenggitu.

Oleh itu...
...cam kata Gayour la kannn... BERUSAHA!!! wink



Nas-Aguri selaku ketua kumpulan dan penulis/pencipta komik memulakan acara mempromote idea komik LOG BOOK: Heroic Trio Record kamiorang.



Sebagai penutup dan tukang jawab soalan maut dari panel juri... brader Gayour selaku pelukis legend kamiorang cuba mengetengahkan konsep dan cerita komik kamiorang dengan lebih jitu dan mendalam wooo...




Akhir kata... nantikan kemunculan komik sulung kamiorang... LOG BOOK: HEROIC TRIO RECORD di pasaran... boleh-desu? laughing

Nak kirim...
...komen/pendapat? Sila klik pautan ni -->[ Kirim Mesej ]
Posted on 31 Jul 2009 by Nas-Aguri
MDeC IPCC 2009 - Part 1
Tahun lepas... tahun 2008 yang lalu tuuu... kamiorang dah pernah tengok dah hasil kerja 20 finalist pertandingan mencipta komik digital interaktif IPCC 2008. Selepas dah tahu 10 penerima geran IPCC secara rasmi. On the way nak balik... kamiorang dah nekad dan terbayang-bayang nak cuba-try-test utk mencipta nama kamiorang menerusi pertandingan yg sama.

Kini...



...MDeC IPCC 2009 kembali lagi daa...!! Projek Comic Digital Interactive IPCC 2009 diaktifkan sekarang. Kamiorang BOLEH!! Wuhoo!!
Posted on 05 Jul 2009 by Nas-Aguri
iLHAM STUDIO… Bikin di Malaysia
Salam dan Selamat Sejahtera.

Yes! Yes! Laman web rasmi divisyen Kreatif Tempatan Berkumpulan Terulung… iLHAM Studio… secara rasmi dibuka secara umum pada tarikh 2 Julai 2009.

Moga-moga team kamiorang ini terus sukses dan berjaya sampei ke peringkat Internasional gitu-gitu bung… HUHU!
Posted on 02 Jul 2009 by Nas-Aguri
Content Management Powered by CuteNews
 
   
Sponsor Ads: